Tuesday, March 23, 2010

Melayu dan krisis (ciplak)

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)

nota: bebas untuk diciplak jika membuat kebaikkan

Wednesday, February 24, 2010

Copy dr blog org lain

Ramai yang salah faham dan menyangkakan bahawa Sosialis dan Komunis itu adalah fahaman yang sama. Saya ingin terangkan di sini berdasarkan pemahaman saya dan apa yang saya baca selama ini. Memang Sosialisme dan Komunisme itu asalnya daripada sumber yang satu, iaitu Karl Marx.

Selepas memperkenalkan ideologi itu, beliau menghasilkan beberapa buah buku antaranya "Das
Kapital" dan "Communist Manifesto". Fahaman ini memang asalnya adalah satu.
Tapi ianya terpisah selepas dari Perang Dunia Pertama meletus dan juga selepas Revolusi
Rusia. Komunisme telah terbahagi kepada dua seperti apa yang kita lihat sekarang. Kita
selalu baca dan tahu apa itu Sosialis dan Komunis, tapi pernahkah kita berusaha mengenalinya
dan bertanya kepada orang yang lebih tahu? Ideologi Sosialis lebih lembut berbanding dengan
Komunis yang masih mengekalkan fahaman radikal.

Biasanya orang yang berfahaman sosialis menggelarkan komunis sebagai Marxisme. Saya membaca satu fakta yang menarik dalam sebuah website. Tapi sayangnya saya sudah lupa alamat website yang berbahasa Inggeris itu. Dalam website itu, diberi contoh yang mudah tentang perbezaan antara Sosialis dan Komunis.

Sosialis diumpamakan sebagai kita mempunyai 2 ekor lembu, dan salah satu daripadanya kita
hadiahkan kepada jiran. Komunis pula diumpamakan sebagai kita ada dua ekor lembu,
kedua-duanya diambil oleh kerajaan dan sebagai ganti, kerajaan telah memberi kita susu
lembu. Dah nampak perbezaannya, bukan? Sosialisme lebih cenderung kepada sebuah kerajaan
Demokratik manakala Komunisme masih lagi kekalkan budaya kuasa veto dan juga kuku besi.
Gerakan sosialis ini pernah popular suatu ketika dahulu di Malaysia tapi telah gagal kerana
rakyat dimomokkan oleh kerajaan Malaysia bahawa sosialis itu komunis. Gerakan sosialis ini
berkembang pesat di universiti sehinggakan adanya Kelab Sosialis. Gerakan ini merupakan
musuh tradisi kepada Kerajaan Malaysia waktu dulu kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi yang lebih condong kepada Kapitalis.

Dalam sistem sosialis, kebajikan rakyat diutamakan. Tiada unsur penindasan daripada
kaum-kaum pemodal. Munculnya penindasan daripada sistem Kapitalis berpunca daripada sikap tamak kaum pemodal dan juga sistem riba/faedah yang diamalkan.

Kebanyakan negara di Timur Tengah menggunapakai sistem sosialis. Sebab itulah walaupun
ketika dahulu negara Iraq dilanda sekatan ekonomi, tetapi ia seolah-olah tidak memberi
apa-apa kesan terhadap penduduknya. Barang keperluan masih lagi mudah didapati.
Pelajar-pelajar universiti menikmati kebajikan yang ditawarkan seperti tepung, minyak, gula,
teh, dan sebagainya. Begitu juga di Iran. Rakyat Iran seolah-olah tidak merasa terbeban
ekoran sekatan ekonomi dijalankan ke aatas Republik Islam Iran.

Barang-barang keperluan masih boleh didapati dengan mudah. Tidak ada isu kekurangan gula,
kekurangan minyak masak, kekurangan beras seperti di Malaysia. Di Malaysia, itu adalah hasil
daripada permainan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara, objektifnya hanya satu -
maksimumkan keuntungan.

Di mana-mana negara sosialis, rakyatnya berhak mendapat makanan melalui duit yang dimiliki,
walaupun harga makanan jauh lebih mahal daripada jumlah duit yang berada di dalam poket.
Contohnya harga sekeping roti canai ialah 80 sen. Dalam poket kita hanya ada 40 sen saja dan
kita boleh membeli setengah keping roti canai tersebut.

Minyak masak di negara Sosialis boleh dibeli melalui vending maschine, terpulang berapa
mililiter yang dikehendaki. Sistem sosialis mengutamakan kebajikan rakyat. Sebarang
perniagaan yang dijalankan mendapat kawalan dan pemerhatian daripada kerajaan. Sumber asas seperti air, elektrik, gas tidak diswastakan sepertimana Malaysia menswastakan semua itu.

Monday, February 22, 2010

Muka loser

KEPADA SEMUA LOOSER DI HARI KEKASEH

wahai muka muka looser sepanjang hidup !jangan lah kau berangan-anganlihatlah cermin dan pandanglah muka muciumlah ketiak dan lihat bulunyadan bauilah segar hapraknya wahai muka muka looser sepanjang zaman !sedarlah diri musedarlah roh mubangunlah dari mimpibangunlah dari anggan-anganjanganlah kau mimpikan beyonce dan brad pittjanganlah kau idamkan juliet dan romeojanganlah kau mimpikan udajanganlah kau mimpikan darawahai muka muka looser sepanjang zaman !tak perlu hantar smstak perlu hantar fbtak perlu buat miscaltak perlu buat salah numbersedarlah wahai looser sepanjang zamanbetapa ramainya kaum kamubetapa ampuhnya mazhab kamuwahai looser sepanjang zaman !zipkan seluarbutangkan colibangunlah kamu dari mimpirapatkan barisnyanyaikan internationalebersama ke jalan rayalihat di jalan rayagadis cunbalak kacaksedang mengancung tangan memanggil kamuwahai looser sepanjang zamanjangan bersedih hatitekadkan niat di tahun inibetulkan jaketikatkan doc martenpasangkan barret tocangkan rambutbukan di cafebukan di restauranbukan di panggungbukan di mallmereka yang chic mereka yang cool mereka yang jambu mereka yang cutemereka yang cunmereka yang kacaksemuanya sedang turun ke jalan rayalooser!turunlah kamu ke jalan rayabakal kekaseh mu sedang menunggucolinya terbukazipnya terselak berretnya tercampakrambut terbaraiberpeluh hangatsedang bertempur menegak keadilan ! - Tukar tiub

Tuesday, February 9, 2010

Catatan di tepi tembok kota KL

Maka berlalulah orang ramai di hadapan pengemis itu. Ia berbaring dan tiada siapa yang ambil peduli. Dilemparinya wang koin yang entah berapa nilainya oleh orang yang peduli, tanda wujudnya perasaan simpati.

Pengemis tua itu tertidur barangkali, dengan melihat keadaannya yang dihurungi lalat dan juga setelah hampir 3 jam aku berada disitu memandang keadaanya. Tiada siapa yang berhenti sejenak disitu untuk memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku ke atasnya. Adakah dia cuma tertidur atau adakah dia sudah mati. Masing-masing tidak tahu, begitu juga dengan aku. Bukankah dunia ini tempat untuk orang yang sentiasa dalam kesibukan dan kita semua tiada masa untuk mengambil perhatian atas hal orang lain. Lagipun siapakah pengemis itu, entah-entah orang gila. Orang gila yang berpura-pura dalam keadaan yang begitu daif untuk meminta simpati.

Dan disaat itulah point cerita ini ditulis bermula. Dia bingkas bangun dari perbaringannya dan bangkit meraung sekuat hati. Meraung, meraung dan meraung. Bukan main lagi kuat raungannya, seolah-olah memekikkan kata hatinya ke seluruh kota itu. Ia berlanjutan selama 2 minit, dan ia berjaya menarik perhatian orang disekeliling yang berjalan di hadapan nya.

Cuma 2 minit kita berhenti. Cuma 2 minit. Di saat itu lah terbitnya simpati, terbitlah perasaan belas kasihan, dan terbit jugalah manusia yang hatinya suci. Begitu juga dengan masa, ia seolah-olah berhenti seketika, begitu juga angin, dan hidupan-hidupan lain disekeliling. Dan selepas itu keadaan menjadi seperti biasa.

Manusia menjadi sibuk kembali dengan urusannya sendiri. Begitu juga dengan kota, keadaan memang menjadi kembali seperti sediakala. Aku tertanya-tanya, apakah jeritan hati pengemis itu hanya didengari hanya cuma untuk seketika. Sekiranya iya, aku doakan kematian saja untuknya.

Saturday, January 30, 2010

Konsep konsep

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh para pengunjung berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam. Namun disebabkan kesuntukan masa, jawapan saya akan merupakan jawapan secara ringkas dan ‘straight to the point’.

SOALAN :- “Adakah Yb bersetuju dengan konsep Trinity?”
Semestinya tidak. Tetapi itulah kepercayaan agama Christian dari zaman sebelum datangnya Rasulullah (SAW) sehingga sekarang. Mereka menyatakan “Allah adalah sepertiga dari Tiga” dan ini diabadikan dalam Al-Quran (Al-Maidah ayat 73). Itu Aqeedah mereka dan walaupun kita tidak setuju, kerana kita berpegang teguh kepada konsep Tauhid, kita tidak boleh menghalang mereka dari berpegang kepadanya dan menyatakan kepercayaan mereka. Itulah kebebasan beragama yang diajar Islam kepada kita.

Pendekatan Rasulullah (SAW) ialah untuk berhujjah dengan mereka dan meberitahu mereka bahawa kepercayaan tersebut adalah salah dan oleh itu agama mereka dan ibadah mereka ditolak Allah. Usaha membetulkan kepercayaan mereka terhadap Allah adalah apa yang dinamakan ‘dakwah’. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang mereka dari menggunakan perkataan Allah serta menyuruh mereka sembah Tuhan lain, iaitu dengan menggunakan kalimah selain dari Allah. Dan inilah apa yang perlu kita contohi. Bukan menghalang mereka dari menggunakan kalimah ‘Allah’ tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa sekiranya mereka ingin Allah terima amalan mereka maka mereka mesti memahami dan meyakini bahawa Allah itu Esa dan Muhammad(SAW) adalah RasulNya.

SOALAN :- I would like to know your stand if the word ‘Allah’ is mentioned in this context; "Jesus is the son of Allah". Please clarify.
Obviously I do not agree with the statement because as a Muslim we believe that Allah begets not nor is He begotten. However, that statement is the corner stone of the Christian faith. That is their religion and even if I do not agree I cannot prevent them from believing in their religion. It is important to note that the belief of the Christians that Jesus is the son of Allah was already present at the time of the Prophet and this is clearly mentioned in the Quran. One such ayat is found in Suran At-Taubah, verse 30 wherein Allah says,
The Jews say: “Uzair is the son of Allah”. And the Christians say: “The Masih (Jesus) is the son of Allah”. This is what they say with their mouths, copying that which was said by the disbelievers before them..
This saying by the Christians that “Jesus is the son of Allah” is not new. Such a belief is mentioned in the Quran and is of course rejected by the Quran.

By the Christians today stating this as their belief, it would actually confirm what the Quran teaches the Muslims about Christianity and how they have misconstrued the position of Jesus (Peace be Upon him). If the Christians do not believe in that, then obviously all the ayats of the Quran which tells us about the deviation of the Christian faith would then not be true. In other words, such a saying only confirms what the Quran states.

SOALAN :- Cuba YB terjemahkan “Jesus is the son of God”.
Tak perlu saya terjemahkan. Rujuk sahaja kepada Al-Quran Surah At-Taubah ayat 30 dan baca sendiri terjemahannya.

SOALAN :- Adakah kita menjadi Muslim dengan kita mengucap “Tiada tuhan melainkan Tuhan”?
Itulah maksud kalimah “La ilaha illa Llah”. Tiada ilah(tuhan) selain Allah (Tuhan). Perkataan ‘ilah’ membawa erti sesuatu yang dipuja dan dipuji serta ditaati kerana inginkan keredhaannya. Termasuk dalam kategori ini adalah nafsu seperti maksud firman Allah
“Tidakkah kamu lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai ilah mereka?” (Al-Furqan ayat 43).
Risalah Islam menyeru manusia untuk membebaskan diri dari pengabdian, pemujaan dan ketaatan kepada selain dari Tuhan pencipta alam. Ianya risalah yang membebaskan manusia dari pengabdian sesama manusia dan semua tuhan-tuhan palsu termasuk, tetapi tidak terhad, kepada berhala-berhala.

Apabila kita memeluk agama Islam, biasanya kta mengucap dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab. Oleh kerana perkataan Allah menjadi sinonim dengan Tuhan dalam Bahasa Malaysia, maka di kekalkan kalimah Allah apabila menterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Maka ianya menjadi “tiada tuhan selain Allah”. Perkataan Allah adalah perkataan Bahasa Arab berasal dari ‘Al-ilah’ (Alif lam makrifah wa hakikiyyah). Ia membawa erti Tuhan yang Esa yang sebenar.

SOALAN :- Why is the Trinity wrong?
It is wrong because it ascribes to God or Allah attributes which are below Him such as having a ‘son’. A ‘son’ would be similar to Him while none is like unto Him and He has no partners in His sovereignty. It is an attempt to humanise Him and in so doing give to Him the shortcomings which are common in humans. Believing that God has sons and daughters is common in pagan religions whereas such a belief is strongly rebuked by Allah in the Quran. The ayat 30 of Surah At-Taubah being a case in point.

The Quran being the word of Allah clearly explains to those who read it that Jesus was a Prophet such as was Adam, Noah, Abraham, Moses, David, Solomon and those others named in the Torah, the Injil and the Quran. So too was Muhammad. He was the last of the Prophets, bringing with him a message for all mankind, not just the Children of Israel (Jews) or his own particular tribe or kinsman. Ascribing Divinity to Jesus was a later distortion done primarily, as I understand it, to accelerate acceptance by pagan Europeans who were used to a the concept of a God Who had children.

SOALAN :- Bagaimana dengan ayat 65 Surah Maryam yang bermaksud “Adakah engkau kenal seseorang yang senama (sama) dengan Dia?”.
Pastinya tidak. Itulah sebabnya saya tidak memberi perkataan atau nama lain untuk diguna sebagai Tuhan selain Allah. Saya tidak juga menghalang manusia dari ingin menyembah Allah. Walaupun kefahaman mereka terhadap Allah itu salah TETAPI itulah kerja dakwah dan tanggung jawab ummat Islam untuk membetulkannya. Sama seperti pada zaman Rasulullah (SAW).

Semasa Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, orang kafir Quraisy menyembah Allah, Orang Yahudi dan Kristian juga menyembah Allah. Tetapi mereka semua mensyirikkan Allah dengan tuhan-tuhan lain atau dengan memberi kepada Allah sifat-sifat yang mustahil kepadaNya. Rasulullah (SAW) tidak menghalang mereka dari terus menggunakan kalimah Allah dan mereka, khususnya golongan ahlul kitab yang berbahasa Arab dan seakan Arab, (seperti kaum Hausar di Nigeria), terus menggunakan kalimah Allah hingga hari ini. Apa yang dilakukan Baginda ialah untuk menjelaskan sifat Tauhid Allah dari segi Rububiyyahnya, Uhlulhiyyahnya dan juga dari aspek asma’ wa sifahnya.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW) yang menjelaskan kepada kita bahawa kalimah Allah digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Telahpun saya kemukakan beberapa kali sebelum ini di dalam dua posting yang berkaitan yang bertajuk Ismu Allah dan Isu Kalimah. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk mengulanginya di sini.

Hakikatnya Allah adalah Tuhan semesta alam dan Tuhan kepada SEMUA manusia. Istilah Al-Quran seperti “Rabbul a’alamiin” (Tuhan semesta alam), “malikin-nas (Raja seluruh manusia), ilaahin-nas (pujaan dan tuhan seluruh manusia)” adalah di antara bukti yang jelas. Tak mungkin ummat Islam ‘memonopoli’ Allah dengan mengatakan Allah adalah Tuhan orang Islam. Manusia yang ingin menyembah Tuhan pencipta alam pada hakikatnya ingin menyembah Allah. Namun semuanya ditolak Allah kecuali penyembahan dari yang islam. Ini adalah kerana hanya Islam mengajar ummatnya supaya tidak mensyirikkanNya dan mengabdikan diri kepada hanya Dia.

SOALAN :- Apa nak saya katakan kepada anak saya bila dia bertanya “Allah mana yang kita sembah? Allah Islam atau Allah Kristian?
Allah hanya satu. Tiada ‘Allah Islam’ dan ‘Allah Kristian’. Ianya Allah yang sama, Tuhan yang sama. Hanya orang Kristian telah tersesat dengan mensyirikkan Allah dan oleh itu peribadatan mereka ditolak Allah.

Sebagai hujjah, marilah kita renungi apa yang terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-
“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.
Saya harap para pengunjung memikirkan maksud ayat ini dan jangan ada pula yang menafikannya. Biar pemikiran dan kefahaman kita dicorak oleh Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW), bukan oleh prejudis-prejudis diri kita sendiri.

SOALAN :- Tidakkah YB khuatir akan generasi Islam yang akan datang, betapa mereka akan menjadi keliru dan murtad (wa na udzu biLlah hi min dzalik).
Sememangnya saya khuatir. Namun kekhuatiran tidak sepatutnya menguasai segala amalan kita kerana pada masa yang sama kita mesti juga mempunyai keberanaian yang berasaskan keyakinan pada bantuan dari Allah. Pasti ada sebab mengapa Allah dan RasulNya terus membenarkan kaum Musyrikin serta Ahlul-Kitab menggunakan kalimah Allah. Ianya berasaskan keyakinan bahawa Islam itu agama yang sebenar dan kebenarannya akan terserlah apabila ummat Islam sendiri menzahirkan keyakinan mereka terhadap agama mereka sendiri. Tidak seperti sekarang, memberi gambaran betapa rapuhnya iman ummat Islam sehingga dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam maka akan runtuh hancur menjadi debu aqeedah ummat Islam.

Maaf. Tetapi itulah gambaran yang diberikan, samada sedar ataupun tidak. Pada hakikatnya kekhuatiran itu berasaskan maklumat dari mereka-mereka yang sendiri lemah dalam keimanan mereka. Takut, khuatir dan ingin terus berada di bawah tempurung dan zon keselesaan mereka. Berdasarkan maklumat yang sebenar, dari Sabah dan Sarawak, ianya tiada masalah. Seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Dalam satu perbincangan seorang wakil Sabah menyatakan di Sabah dulu hanya 38% Muslim. Sekarang sudah 56% walaupun ummat Kristian menggunakan kalimah Allah semenjak sebelum Merdeka. Yang ‘murtad’ mengikut beliau adalah yang muallaf. Ada yang keluar masuk Islam 3, 4 kali. Setiap kali masuk dapat imbuhan.

Begitu juga di Sarawak. Dahulunya 15% yang beragama Islam sekarang sudah menjadi 35%. Mengikut maklumat yang saya perolehi semasa di Kuching tempoh hari, majoriti Islam di Sarawak sekarang bukan orang Melayu tetapi keturunan Dayak.

Pada hakikatnya penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang Kristian akan mendorong ummat Islam memahami dengan lebih jelas lagi siapa Allah dari kaca mata Islam dan bagaimana ianya berbeza dengan fahaman orang Kristian. Ummat Islam tidak boleh leka dengan hanya mengatakan “kami sembah Allah” tanpa menyedari apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut.

Kedua, ia akan memudahkan usaha dakwah terhadap golongan ahlul-kitab dan sekiranya kita yakin dengan kebenaran hujjah kita, maka tiada masalah bagi kita menangani usaha mereka untuk mempertahankan kefahaman mereka terhadap kalimah Allah itu sendiri.

Itu sahajalah yang saya ingin nukilkan berhubung persoalan ini. Yang tidak mahu bersetuju akan terus tidak bersetuju. Yang ingin mendengar dan menilai, insyaAllah akan Allah bimbingkan kepada yang lebih diRedhaiNya.

Selepas ini kita kembali sambung kepada isu penyelewengan UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Friday, January 29, 2010

Buku 2

BUKU KENANG JASA UNKU AZIZ -melayau

Universiti Malaya (UM) akan menerbitkan buku berkaitan kisah hidup dan sumbangan bekas naib canselor universiti itu, a Ungku A. Aziz yang akan dilancarkan Mac depan.

Buku berjudul Royal Professor Ungku A. Aziz The Renaisance Man diterbitkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa besar Ungku Aziz kepada negara dan UM kerana beliau adalah naib canselor paling lama yang pernah berkhidmat dalam sejarah universiti itu.

KAH KAH KAH

woit… CAKAP BACA 70,000 BUAH BUKU…. kah kah kah..

woit… SATU BUKU PUN TARAAAK TULIS…. kah kah kah..

kah kah kah…INI BETUL BETUL ORI PUNYA KANG KONG… kah kah kah..

woit… MEMBEBEL BUKAN INTELEKTUAL… kah kah kah..

kah kah kah…EEEEEAA…….AHHH..AAAAAA… MEMBEBEL…kah kah kah

nota:
tak pecaya sila tanya lebai google
kang kong ini ada tulis buku apa?
buku lengkang kang kong adalah kah kah kah

Buku


ADIOS MON AMI



NAK LARI KEMANA KAU HOLDEN ?



APA KHABAR HOLDEN CAUFIELD- SUDAH 59 TAHUN MASIH COOL

Penulis Catcher in the Rye meninggal dunia kelmarin.
Buku ini adalah sebuah buku paling cool dalam dunia ini.
Buku wajib untuk semua yang melintasi dunia ini.
Jika belum membacanya dapatkan petang ini.

Catcher in the Rye terbit pada tahun 1951.
Buku ini terus mempengaruhi generasi demi generasi.

Sesiapa yang mengakui dirinya cool akan jadi poyo jika
tidak membaca buku ini.

Jika ada segerawan yang mengakui dirinya segerawan tetapi
tidak membaca buku ini maka ini adalah segerawan kong kang.

JD Selinger – menghilangkan diri. Dalam hidupnya dia menjadi mitos.
Tidak pernah dilihat satelah bukunya terbit. Dia risau dengan kejayaan
bukunya. Dia jadi rimas dengan para peminat. Lalu hilang tidak ditemui.
Kemudian menulis dua lagi buku : Nine Stories dan Franny and Zooey.
Ini juga membawa kejayaan. Lagi tebal tempat JD menghilangkan diri.

Holden Caulfield watak anti-hero – watak cool dalam Catcher – mempengaruhi
sesiapa sahaja yang memiliki hormat diri.

Kita semua adalah Holden Caulfeild dalam diri kita – hanya kita tidak
menyedari.

NOTA:
besar kemungkinan sesudah ini akan muncul
kerja kerja baru jd yang tidak mahu diterbitkan
ketika dia masih hidup.

dunia sedang mnenunggu macam minah cun baru kahwin
menunggu balak pulang dari laut kah kah kah

nota:
JD Salinger bukan ahli Gapena atau Pena.
JD Salinger bukan ketua cawangan.
JD Salinger bukan cari glamour
JD Salinger bukan menulis untuk pertandingan nilai-nilai murni
JD Salinger tidak masuk apa-apa persatuan penulis untuk dapat projek
JD Salinger tidak ada gelaran datuk

JD Salinger menulis kerana dia pemulis.