Thursday, December 31, 2009

EPL

Adapun kisah ini merupakan kisah tragis manusia yang terkena fitnah.Bukanlah ia difitnah kerana berzina atau pun paling kecil sekali meraba tubuh orang. Hatta melainkan ia difitnah kerana kononnya beliau adalah kaki bangku.

Kisah ini dipercayai wujud sekitar tahun 200 sebelum masihi. Penulis tidak tahu berapa lama 200 sebelum masihi itu dan waktu itu barangsiapa yang tidak borak bola sepak dianggap sebagai manusia yang paling kuno. Waktu itu juga dipercayai wujudnya dinasour.

"Lihat lelaki itu, kampung benar!"

"Entah, tidak cool langsung! Abad keberapa orang ini hidup?"

"Patutlah tak kahwin-kahwin lagi. Mertua manalah yang nak menantu tak cool seperti dia. Ptuih!".

Masing-masing menuding penghinaan ke arah lelaki itu. Sehinggakan diri beliau dikenali sebagai "mamat-kuno-yang-tidak-boleh-dibantu-lagi".

Lelaki itu berasa sedih dan kemudian bermonolog seorang diri. Dalam perjalanan pulang, bersama luka di hati.

Ibarat pistol
Pelurunya menembus tepat dikepala
Aduh
Hati siapa yang tak terluka
Melihat saja sudah merana.

Bukanlah mudah hidup di zaman itu.

Di rumah diadukan cerita penghinaan itu kepada emaknya. Emaknya bertanya "Berborak bola hari-hari juga dianggap cool, mengapa tidak borak EPL saja?".

Tuesday, December 29, 2009

Negeri Cahaya (part 2)

Aku tidak sangka malam itu, aku mimpi bertemu dengannya. Berpegangan tangan dan menuju ke negeri Cahaya. Ada 2 perkara yang memeranjatkan didalam mimpi itu.

Pertama, lelaki di balik pintu itu memilih untuk menjadi perempuan. Sesuai dengan sifat feminis didalam dirinya yang terlebih-lebih sehingga mengatasi sifat maskulinnya.

Dan kedua, kau tahu kawan-kawan? Perempuan yang dirinya benar-benar pemalu amat mempesona jiwa aku!

Memandang dirinya mengingatkan aku kepada cerita V for Vendetta yang aku tonton di perkampungan bunian semalam. Walaupun dia pemalu, tetapi tak tahu kenapa, aku teringat tentang filem itu.

Aku pergi menaiki bas dengan tambangnya dia bayar. Bukankah jalan cerita ini sangat romantik?

Negeri Cahaya (part 1)

Dari balik pintu itu aku tahu wujudnya seorang lelaki. Pintunya tidak pernah dibuka-buka selama mana yang dia suka. Dia bukanlah anti sosial melainkan dia adalah seorang yang pemalu. Ya, amat amat pemalu.

Kalian pernah melihat anak dara yang malu apabila dirinya disunting oleh lelaki untuk perkahwinan? Wajah yang putih, dan menjadi kemerah-merahan lantas diri tidak boleh duduk diam. Tangan yang menguis kiri dan kanan.

Aku rasa diri beliau lebih teruk. Mukanya merah setiap kali berjumpa orang.

Aku pernah jumpa beliau sekali. Waktu itu kebetulan dia keluar dari biliknya untuk ke toilet. Diarhea rupanya. Ketika itu aku sempat melakukan interview dengannya.

"Pensel, pensel, pensel”, dia tak sanggup memandang mata aku sebaliknya dia memilih untuk berkomunikasi melalui kertas. Aku berikan dia kertas dan ia tulis satu perkataan.

"Aku bukan berasal dari sini, aku berasal dari negeri Cahaya! Negeri di mana segala makhluk dan segala perbezaan dihargai setara!". Titik.

Di luar pintu itu, aku pandang dengan penuh pengharapan. Bagaimana agaknya aku akan menolong beliau kembali ke negeri Cahayanya.

Azam 2010 (part 1)

1) Beli komik V for Vendetta.
2) Banyakkan lagi membaca buku.
3) Tak nak mudah touching biarpun aku dihina.
4) Berjimat cermat dan jangan habiskan duit untuk beli topup.
5) Banyakkan menulis.

Orang kata target biar rendah, biar senang untuk dicapai. Jadi, azam no 1, no 2, dan no 5 aku jadikkan sebagai keutamaan. Aku ada 3 hari lagi untuk stay dengan tabiat lama. Bagilah aku peluang itu.

Monday, December 28, 2009

Kampung Bunian

Semalam aku pergi ke kampung Bunian. Aku bukan tiba-tiba termasuk dalam kampung itu seperti apa yang biasa di lihat di tv. Ini bukan kisah fantasi melainkan aku memang sengaja pergi ke kampung itu. Aku tahu ia di mana dan aku pergi dengan menaiki bas.

Kalian tersilap kalau kalian berfikir Kg Bunian yang aku pergi itu adalah sama seperti kampung kampung yang lain. Memang benar di tempat aku terdapat pelbagai nama kampung. Daripada kampung yang bunyinya begitu alim sehinggalah kampung yang namanya begitu jahat. Apa yang membezakan antara Kampung Haji Rais dan Kampung Penyamun? Tiada bezanya, rakyat kampung itu tetap orang yang sama : ada yang alim dan ada yang jahat walaupun nama kampungnya alim atau jahat.

Kampung Bunian yang aku tuju itu adalah benar-benar perkampungan bunian.

Jangan risau kawan ku. Aku juga silap pada awalnya dalam mengklasifikasikan kampung bunian ini. Dulu aku fikir kampung bunian ini tempatnya indah dan orangnya baik-baik. Setelah aku datang ke sana, ternyata aku silap. Di mana dulu aku dengar kisah tentang kampung bunian? Bukan dari sesiapa melainkan tv.

Tv menipu kawan-kawanku. Ia adalah perkara yang paling bodoh sekali kalau aku percaya bulat-bulat pada tv.

Orang kata Kampung Bunian itu indah-indah orangnya. Aku lelaki, dan oleh kerana orientasi seks aku adalah suka berpasangan pada perempuan, aku melihat perempuan di kampung bunian itu sama saja seperti kita yang hidup bukan di kampung bunian. Maksud aku, tiadalah aku nampak perempuan sehinggakan aku kaku selama 20 saat. Walhal di alam realiti pun aku pernah terkaku melihat seorang perempuan. Siapakah perempuan itu? Watak perempuan dalam filem Big Fish arahan Tim Burton. Itu pun kaku sebentar saja.

Ok, mari aku ceritakan sedikit tentang rakyat di Kampung Bunian. Tiada yang istimewanya. Ia sama saja seperti kita. Ia mandi, ia berak, ada lelaki dan perempuan, ada gay dan lesbian, ada orang yang mengamalkan sifat seksism, dan ada juga pendatang asing begitu juga xenofobik.

Apa yang membezakan antara kampung bunian dan bukan? Mentaliti. Di perkampungan bunian itu, aku berkawan dengan orang bunian yang suka menonton filem, membaca, dan mendengar musik. Di perkampungan bunian itulah pertama kalinya aku menonton filem V for Vendetta
dan berkenalan dengan penulis Nietscze iaitu bukunya Zarasthura.

Di alam realiti, aku cuma terdedah kepada novel cinta.

Thursday, December 24, 2009

Falsafah Cool - Tukar Tiub

FALSAFAH COOL

Cool ialah sikap.
Cool ialah feshen.
Cool ialah gaya hidup.
Cool ialah estetika.

Cool ialah style gaya hidup yang cool.

Cool adalah politik yang menentang.
Cool menentang yang wujud.
Cool membawa yang baru.

Cool tidak dapat di beli.
Cool lahir dari jiwa dan bukan dari kedai pavilion
Cool jangan cuba nak buat buat cool.

Lawan cool ialah poyo dan skema.


nota:
kajian masih di jalan kan

Anjing.

Aku tidak tahu dan tidak ingat tarikhnya berlaku kejadian ini. Mungkin ini hanya mimpi dan terpulanglah kepada aku untuk menceritakan ia disini.

Malam. Aku terdengar lolongan anjing di suatu malam yang sunyi. Waktu itu aku berada didalam bilik dan baru saja tersedar dari tidur bersama tv yang belum dimatikan. Aku matikan tv itu dan aku amati kembali lolongan anjing tadi.

Wuff! Wuff! Uuu.

Aku berasa sedih mendgr lolongan anjing itu. Ia seperti merayu-rayu meminta bantuan. Adakah ia kelaparan? Apakah ia dikecewakan kekasih? Apakah ia menerima pertuduhan fitnah dari rakan-rakannya? Aku langsung tidak tahu.

Aku bukannya anjing jadi mengapa aku peduli?

Wuff! Wuff! Uuu.

Aku hairan dengan suara anjing itu. Ia seperti suatu kebolehan memujuk manusia. Ia tidak mahu mengalah dan terus memujuk aku mendengarkannya.

Aktiviti paling tak cool.

Aku pernah baca sebuah artikel tentang filem. Artikel itu mengatakan bahawa menonton filem sama sahaja seperti kita membaca. Apa yang membezakan adalah filem selalunya aktiviti untuk orang yang kaya, manakala membaca pula adalah untuk orang yang miskin.

Aku tak yakin kenyataan itu benar atau tidak. Tapi sebahagiannya aku bersetuju. Yang penting sekali filem juga berasal dari literature dan dengan literature ini maka hasillah sebuah filem. Ia memudahkan kita untuk mendalami sebuah cerita hanya dengan menonton daripada bersusah payah untuk membaca.

Aku ada kawan, dia benci membaca. Dia kata membaca adalah untuk orang nerd sahaja.

Wednesday, December 23, 2009

Bagaimana AUKU merampas.


Makin lama seseorang pelajar itu berada di universiti maka makin besar kemungkinannya untuk beliau menceburkan diri dalam aktiviti politik. - Seymour Lipset

Baru-baru ni aku membeli sebuah buku yang bertajuk "Mahasiswa Menggugat". Buku ini ditulis oleh Muhammad Abu Bakar dan diterbitkan pada tahun 1973. Buku ini merupakan analisa terhadap aktiviti mahasiswa Malaysia pada tahun tersebut terutamanya untuk para pelajar UM.

Buku ini aku beli dekat Junk Book Store terletak di Masjid Jamek. Oleh kerana buku ini adalah buku lama, maka aku beli ia dengan harga yang agak mahal. Tak kesahlah, sekurang-kurangnya aku dapat jadikan ia koleksi.

Aku beli buku ini atas dasar kagumnya aku dengan semangat pelajar pada sekitar tahun tersebut. Rujukan lain yang boleh dibaca adalah pada buku "Keganasan, Penipuan dan Internet" dalam seksyen "Anak Muda" tulisan Hishamudin Rais. Zaman itu tiada AUKU dan dapat dibaca bahawa betapa anak muda pada zaman itu adalah amat berani. Mereka bebas untuk membuat keputusan, dan lahir sebagai kumpulan pelajar yang aktif, dan peduli.

Aku cuba bandingkan keadaan zaman itu dan zaman kita sekarang. Situasi untuk para pelajar seperti di zaman itu mungkin akan bermula. Di universiti mana itu hari, aku baca para pelajar turun ke jalanraya utk protes. Aku baca di akhbar baru-baru ini juga, sudut pidato pun akan diwujudkan semula (Akhbar Kosmo). Bagi aku ini perkembangan yang bagus biarpun kita tahu mungkin perkara ini hanya indah khabar dari rupa.

Perasaan disalahkan - Kereta Mayat

Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN DISALAHKAN”…

Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi..

Sekiranya korang ‘perasan disalahkan’ tapi tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah Cuma perasan disalahkan..

Orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi adalah tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..

Ciri-ciri orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah orang yang apabila ada teguran di buat secara umum, dia rasa macam orang yang menasihat tu tuju kat dia sorang, lalu dia pun melenting, marah, beremosi dan mula buat perkara bodoh, macam bilal yang dah tak ke masjid dalam entry yang lepas, kan bodoh tu? Tak ke rugi diri sendiri?, merajuk macam budak-budak..

Aku rasa istilah ‘merajuk macam budak-budak’ juga sudah tidak sesuai di gunakan sebab budak budak apabila merajuk senang dipujuk, tapi mereka yang ‘perasan disalahkan’ bila merajuk dan tak makan pujuk lagi, ni namanya merajuk macam orang tua kutuk nak mampus!

Tuesday, December 22, 2009

All out of love

Aku pelik dengan jalan cerita yang aku tonton. Ia menunjukkan Tuhan telah tetapkan sesuatu cerita itu tersusun dan mengikut flow.

Lelaki memutuskan hubungan dengan kekasihnya di luar negara (jauh), sedangkan alasan sebenarnya adalah kerana beliau suka pada perempuan lain di Malaysia. Dia menipu dan ini tak mengambil masa yang lama untuk beliau menerima balasan. 3 hari kemudian, perempuan di Malaysia itu pula rupanya cuma mempermainkan dia saja. Lelaki itu berasa sedih dan rupanya ada alasan lagi dan lagi bagi satu cerita ini.

Alasan 1 = Dan rupanya alasan itu lebih besar lagi iaitu lelaki itu sebenarnya ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Sempurna, rupanya beliau putus hubungan dengan perempuan pertama itu kerana ada point dan (menyedapkan jalan cerita). Dan watak perempuan kedua tu cuma tempelan saja.

Alasan 2 = Beliau terfikir yang masa kecil dulu dia pernah berdoa pada Tuhan supaya selamatkan nyawa saudara kandung dia dan pilih dia sebagai ganti.

Alasan demi alasan dan lelaki itu akhirnya mati tiada apa2. Tajuk apa sesuai untuk cerita jenis ini? Tuhan tahu tapi menunggu atau "serabut".

Monday, December 21, 2009

Maybe its time to come home

Aku tak berapa sehat sejak 2 hari lepas. Mungkin terkena hujan waktu menunggang motosikal kelmarin dan badan aku ternyata tidak boleh terkena sejuk sangat. Jadi, 2 hari lepas nih aku banyak buat bodoh saja. Antara perkara berfaedah sambil-sambil buat bodoh itu, aku menyelak suratkhabar.

Aku tertarik dgn artikel Amalina iaitu pelajar terbaik SPM Malaysia beberapa tahun yang lepas. Beliau difitnah yang mengatakan beliau sudah fail dalam subjek yang diambil. Beliau di Milan sekarang, dan sedang bercuti bersama keluarga angkatnya. Beliau berkata yang dirinya tidak akan mengambil pusing dgn tohmahan liar ini.

Kesian. Inilah akibatnya kalau sudah semakin ramai pelajar yang dapat 21 A, 20 A, 18 A. Esok esok kalau ada 28 subjek, semua A. Fitnah di sana sini. Oh ya, jiran sebelah rumah aku bangga yang anaknya dapat 12 A dan sedara mara aku juga asyik membanding-bandingkan ahli keluarga dengan catatan A di buku report sekolahnya.

Saturday, December 19, 2009

Catitan Hari Sabtu

Semalam aku lepak dgn pakdin di kedai bundle nya. Starfish bundle. Kedai ini memang cukup stylo, banyak menjual baju band yang rare. Semalam saja aku dapat lihat peminat baju membeli baju Led Zep yang dibeli dgn harga RM 10 dan dijual dgn harga RM 50.

Bagi aku, kedai pakdin nih adalah kedai bundle yang bagus. Tak sama spt kedai bundle yang lain (ikut kefahaman aku), peniaganya mcm menunggu barang masuk saja. Pakdin nih pulak sentiasa rajin mencari barang, dan dia tau baju apa yang boleh dijual. Baju band dia mmg best seperti The Smith, John Lennon, etc. Aku tentulah seronok sebab dapat mencuba semua pakaiannya. Haha.


Kemudian, malamnya aku singgah gig di limpon untuk malam markas. Bayan yang cukup berkesan, masuk terus kedalam hati. Aku dgr eldest2 skarang memfokuskan usaha untuk mengajak orang untuk keluar sahaja. Aku dipesan untuk jangan macam jadi budak-budak lagi. Ia ibarat seorang ayah dan 3 orang anak. Ayah baru balik dari Giant dan belikan anaknya gula-gula. 3 anak nya berebut, dan masing-masing memiliki gula-gula sendiri.

Ayahnya mahu mencuba atau test minta anaknya gula-gula. Setiap seorang ayahnya meminta sebiji. Anak nya menolak, kerana gula-gula ini hak miliknya. Hoi, ayah tuh cuma test saja. Sedangkan gula-gula tuh ayah yang punya, tapi kita nih lokek sangat, langsung tak mahu beri sebiji pun kepada ayah kita.

Sama juga macam kita dgn Tuhan.


Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru


Lama aku tak pergi ke masjid itu, dan aku hampir tidak mengenali sesiapa pun. Tentu tiada sesiapa pun yang mengira bahawa aku pula pernah selalu berada di situ.

Sejumlah manusia yang bersujud, dan doa bersama wajah spt nangis-nangis. Aneh, orang yang taat pada Nya akan sentiasa ada. Ia seperti pemilihan dan berganti-ganti.

PENGECUALIAN PEMBAYARAN BIL LETERIK RM20 KE BAWAH DILANJUTKAN -melayau (Tukar Tiub)

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan bersetuju supaya pengecualian pembayaran bagi bil elektrik RM20 dan ke bawah dilanjut sehingga Disember tahun depan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin mengumumkan di Kuala Lumpur hari ini.

nota:
ini berita baru masuk.

berita seperti ini mesti difahami bahawa
telah ada perancangan untuk menaikkan harga leterik.
dalam strateji propaganda ini dipanggil
mengolah awal. caranya cukup senang. sampaikan berita sedap
kemudian keluarkan berita sedih. apabila ada bantahan maka
tunjukan kepada orang ramai beriat awal tadi.

kesian: dalam dunia internet hari ini juru putar tidak
boleh lagi menggunakan kitab kuning goebbels kah kah kah

Tuesday, December 15, 2009

Catitan Ahmad Wahib - Pergolakan dan pemikiran Islam.


" Kadang hatiku berpendapat bahawa dalam beberapa hal, ajaran Islam itu jelek. Dan hanya kerana kepercayaanku bahawa Al-Quran itu betul-betul dari Tuhan serta Muhammad itu betul-betul manusia sempurna, maka aku akhirnya berpendapat bahawa Islam itu secara total baik dan sempurna."

Beliau menyambung.

" Kenyataannya dalam kita berfikir selama ini, kita tidak berfikir bebas lagi."

Cukup kontroversi penulisannya dan aku yakin memang kerap kita berhadapan situasi bahawa sekiranya kita libatkan agama dalam suatu perbincangan yang "kontroversi" maka ia akan terhenti begitu saja. Pendek kata, pemahaman tentang agama bagi kita terhad dan mempunyai batasan yang haram bagi kita lintasi.

Dan ia juga akan menutup sebarang pengembangan idea.

Aku teringat perbualan aku dan rakan sekelasku bernama Anis. Dia bertanya tentang di mana Tuhan? Perbualan saja-saja, bertukar idea sementara menunggu pasport siap. Aku beritahu yang aku pun tak pasti kerana kecetakan ilmu, dan aku juga tak mahu berfikir lagi takut boleh terpesong jauh. Dia pun bersetuju. Adakah Islam tidak membenarkan kita berfikiran bebas? Aku pun tak tahu.

Bagi yang mencintai penulisan yang kontroversi dan bagi mereka yang suka berfikir. Buku ini aku cadangkan untuk kalian.

" Mungkin akan ada orang yang mengemukakan bahaya dari berfikir bebas iaitu orang yang berfikir bebas itu cenderung menjadi atheis. Betulkah? Orang yang sama sekali tidak berfikir juga boleh menjadi atheis!"

" Lebih baik atheis kerana berfikir bebas daripada atheis kerana tidak berfikir sama sekali!".

Filem yang baik.


Menonton filem yang bagus memberi kepuasan dlm hidup aku. Quentin Tarantino adalah antara pengarah filem yang memberikan aku kepuasan itu.

Siang tadi aku menonton filemnya "Inglourious Basterds".

Genius! Itu satu perkataan yang boleh aku beri dan gambarkan. Jalan cerita, shot gambar, ekspresi wajah, adalah apa yang paling kagumi dalam filem beliau. Kadang-kadang aku blame diri aku sendiri sebab lemah dalam penggunaan bahasa, dan tentu sekiranya aku lebih mahir, kepuasan itu akan menjadi lebih besar. Aku suka shot filemnya, perempuan yang kesakitan, otak aku dapat berimaginasi yang kesakitan itu adalah kerana kecederaan dan juga kerana seks. Begitu juga dengan watak lelaki yang dapat mebunuh 500+ askar France, adakalanya aku berfikir yang itu direka-reka bagi tujuan propaganda Nazi semata.

Filem ini membuat penonton berfikir, biarpun fikiran kita betul atau salah. "Rumor" lagi bagus dari "fact". Mengapa Tarantino wujud? Bagaimana beliau mengarah? Apa hobi dia, apa aktiviti dia? Aku rasa pengarah filem Malaysia kena tiru beliau. Jangan asyik kagumi P Ramlee.

Bukan kerana ini adalah hujan api.

Setitis air tiba-tiba jatuh ke atas rambut aku. Sebelum aku sedar sepenuhnya apa yang terjadi, hujan turun dengan semakin lebat.

Setitis air tiba-tiba jatuh keatas surat yang dibaca. Sebelum beliau sedar sepenuhnya apa yang terjadi, rupa-rupanya ia mengalir drp matanya.

Hujan dan airmata. Aku benci persamaannya.

Sunday, December 13, 2009

Biblioholisme. Apa itu?

Bagi pelajar Sains Perpustakaan, term "biblio" mungkin bukan perkara asing lagi. Bibliotheqeu bermaksud perpustakaan manakala biblio pula adalah buku. Jadi apa itu "biblioholisme"? Biblioholisme adalah orang yang gila kepada buku. Ia sama seperti "workaholic" iaitu manusia yang gila kepada kerja.

Misalnya; Boulard, seorang pakar perundangan Perancis, begitu bernafsu membeli buku sehingga rumahnya tidak cukup ruang utk menyimpan buku-buku dan terpaksa membeli enam buah rumah lagi bg tujuan tersebut. Don Vicente, sanggup mencuri buku sehingga dipenjarakan. Sun Ching, sanggup mengikat rambut pada tiang katil agar kepalanya dapat terus tegak untuk terus dapat membaca. Frederik Hickles, sanggup menyorok buku di toko buku Amsterdam, supaya orang lain tidak dapat membelinya kerana dia masih belum membelinya.

Banyak lagi contoh lain yang boleh kita ambil daripada buku-buku yang menceritakan manusia yang gila terhadap buku ini. Baru-baru nih pun kita dapat lihat, pelakon Gerak Khas mencuri buku di Kinokuniya sedangkan harganya bukanlah beliau tidak mampu pun nak beli. Aku juga pernah terbaca, Chairil Anwar ketika di saat sakit untuk mati pun sanggup singgah sebentar ke toko buku untuk membaca terlebih dahulu.

Mengapa hal ini berlaku? Cuba baca apa yang Al-Jahiz perkatakan tentang buku.

"Buku itu diam apabila engkau menghendaki dia diam, berbicara apabila engkau menghendaki ia berbicara. Ia tidak akan mengganggu kau kalau engkau sedang bekerja, tetapi apabila engkau dalam kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua."

Bagi pencinta buku, buku adalah bukan buku lagi.

Sumber = Pesona Pencinta Buku, Shaharom Tm Sulaiman.

Thursday, December 10, 2009

Hujan di Jepun dipanggil "ame".

Hujan turun. Hujan berhenti.
Hujan turun. Hujan berhenti.

Lihatlah berapa banyak burung yang terpaksa berterbangan kesana kemari.

Adakah ini KEKACAUAN bagi burung? Ayuh burung lekas bersembunyi.

Aktiviti "Jelajah Ilmuan" Unisel

Sekitar 2 bulan lepas, program Diploma Sains Perpustakaan telah merangka aktiviti yang dinamakan sebagai "Jejalah Ilmuan". Aktiviti ini aku tak turut serta padahal nama aku antara orang awal yang tersenarai. Tak apalah, yang penting aktiviti nih dah berjalan dengan lancar.

Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai praktikal kepada subjek Library Children yang diajarkan untuk pelajar sains perpustakaan. Berhadapan dengan kanak2, pasti pengalaman yang menyeronokkan dan kusut! Apa-apa hal pun, aktiviti ini dapat mendedahkan kepada pelajar sains perpustakaan untuk merangka aktiviti di masa hadapan.