Saturday, January 30, 2010

Konsep konsep

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh para pengunjung berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam. Namun disebabkan kesuntukan masa, jawapan saya akan merupakan jawapan secara ringkas dan ‘straight to the point’.

SOALAN :- “Adakah Yb bersetuju dengan konsep Trinity?”
Semestinya tidak. Tetapi itulah kepercayaan agama Christian dari zaman sebelum datangnya Rasulullah (SAW) sehingga sekarang. Mereka menyatakan “Allah adalah sepertiga dari Tiga” dan ini diabadikan dalam Al-Quran (Al-Maidah ayat 73). Itu Aqeedah mereka dan walaupun kita tidak setuju, kerana kita berpegang teguh kepada konsep Tauhid, kita tidak boleh menghalang mereka dari berpegang kepadanya dan menyatakan kepercayaan mereka. Itulah kebebasan beragama yang diajar Islam kepada kita.

Pendekatan Rasulullah (SAW) ialah untuk berhujjah dengan mereka dan meberitahu mereka bahawa kepercayaan tersebut adalah salah dan oleh itu agama mereka dan ibadah mereka ditolak Allah. Usaha membetulkan kepercayaan mereka terhadap Allah adalah apa yang dinamakan ‘dakwah’. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang mereka dari menggunakan perkataan Allah serta menyuruh mereka sembah Tuhan lain, iaitu dengan menggunakan kalimah selain dari Allah. Dan inilah apa yang perlu kita contohi. Bukan menghalang mereka dari menggunakan kalimah ‘Allah’ tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa sekiranya mereka ingin Allah terima amalan mereka maka mereka mesti memahami dan meyakini bahawa Allah itu Esa dan Muhammad(SAW) adalah RasulNya.

SOALAN :- I would like to know your stand if the word ‘Allah’ is mentioned in this context; "Jesus is the son of Allah". Please clarify.
Obviously I do not agree with the statement because as a Muslim we believe that Allah begets not nor is He begotten. However, that statement is the corner stone of the Christian faith. That is their religion and even if I do not agree I cannot prevent them from believing in their religion. It is important to note that the belief of the Christians that Jesus is the son of Allah was already present at the time of the Prophet and this is clearly mentioned in the Quran. One such ayat is found in Suran At-Taubah, verse 30 wherein Allah says,
The Jews say: “Uzair is the son of Allah”. And the Christians say: “The Masih (Jesus) is the son of Allah”. This is what they say with their mouths, copying that which was said by the disbelievers before them..
This saying by the Christians that “Jesus is the son of Allah” is not new. Such a belief is mentioned in the Quran and is of course rejected by the Quran.

By the Christians today stating this as their belief, it would actually confirm what the Quran teaches the Muslims about Christianity and how they have misconstrued the position of Jesus (Peace be Upon him). If the Christians do not believe in that, then obviously all the ayats of the Quran which tells us about the deviation of the Christian faith would then not be true. In other words, such a saying only confirms what the Quran states.

SOALAN :- Cuba YB terjemahkan “Jesus is the son of God”.
Tak perlu saya terjemahkan. Rujuk sahaja kepada Al-Quran Surah At-Taubah ayat 30 dan baca sendiri terjemahannya.

SOALAN :- Adakah kita menjadi Muslim dengan kita mengucap “Tiada tuhan melainkan Tuhan”?
Itulah maksud kalimah “La ilaha illa Llah”. Tiada ilah(tuhan) selain Allah (Tuhan). Perkataan ‘ilah’ membawa erti sesuatu yang dipuja dan dipuji serta ditaati kerana inginkan keredhaannya. Termasuk dalam kategori ini adalah nafsu seperti maksud firman Allah
“Tidakkah kamu lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai ilah mereka?” (Al-Furqan ayat 43).
Risalah Islam menyeru manusia untuk membebaskan diri dari pengabdian, pemujaan dan ketaatan kepada selain dari Tuhan pencipta alam. Ianya risalah yang membebaskan manusia dari pengabdian sesama manusia dan semua tuhan-tuhan palsu termasuk, tetapi tidak terhad, kepada berhala-berhala.

Apabila kita memeluk agama Islam, biasanya kta mengucap dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab. Oleh kerana perkataan Allah menjadi sinonim dengan Tuhan dalam Bahasa Malaysia, maka di kekalkan kalimah Allah apabila menterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Maka ianya menjadi “tiada tuhan selain Allah”. Perkataan Allah adalah perkataan Bahasa Arab berasal dari ‘Al-ilah’ (Alif lam makrifah wa hakikiyyah). Ia membawa erti Tuhan yang Esa yang sebenar.

SOALAN :- Why is the Trinity wrong?
It is wrong because it ascribes to God or Allah attributes which are below Him such as having a ‘son’. A ‘son’ would be similar to Him while none is like unto Him and He has no partners in His sovereignty. It is an attempt to humanise Him and in so doing give to Him the shortcomings which are common in humans. Believing that God has sons and daughters is common in pagan religions whereas such a belief is strongly rebuked by Allah in the Quran. The ayat 30 of Surah At-Taubah being a case in point.

The Quran being the word of Allah clearly explains to those who read it that Jesus was a Prophet such as was Adam, Noah, Abraham, Moses, David, Solomon and those others named in the Torah, the Injil and the Quran. So too was Muhammad. He was the last of the Prophets, bringing with him a message for all mankind, not just the Children of Israel (Jews) or his own particular tribe or kinsman. Ascribing Divinity to Jesus was a later distortion done primarily, as I understand it, to accelerate acceptance by pagan Europeans who were used to a the concept of a God Who had children.

SOALAN :- Bagaimana dengan ayat 65 Surah Maryam yang bermaksud “Adakah engkau kenal seseorang yang senama (sama) dengan Dia?”.
Pastinya tidak. Itulah sebabnya saya tidak memberi perkataan atau nama lain untuk diguna sebagai Tuhan selain Allah. Saya tidak juga menghalang manusia dari ingin menyembah Allah. Walaupun kefahaman mereka terhadap Allah itu salah TETAPI itulah kerja dakwah dan tanggung jawab ummat Islam untuk membetulkannya. Sama seperti pada zaman Rasulullah (SAW).

Semasa Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, orang kafir Quraisy menyembah Allah, Orang Yahudi dan Kristian juga menyembah Allah. Tetapi mereka semua mensyirikkan Allah dengan tuhan-tuhan lain atau dengan memberi kepada Allah sifat-sifat yang mustahil kepadaNya. Rasulullah (SAW) tidak menghalang mereka dari terus menggunakan kalimah Allah dan mereka, khususnya golongan ahlul kitab yang berbahasa Arab dan seakan Arab, (seperti kaum Hausar di Nigeria), terus menggunakan kalimah Allah hingga hari ini. Apa yang dilakukan Baginda ialah untuk menjelaskan sifat Tauhid Allah dari segi Rububiyyahnya, Uhlulhiyyahnya dan juga dari aspek asma’ wa sifahnya.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW) yang menjelaskan kepada kita bahawa kalimah Allah digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Telahpun saya kemukakan beberapa kali sebelum ini di dalam dua posting yang berkaitan yang bertajuk Ismu Allah dan Isu Kalimah. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk mengulanginya di sini.

Hakikatnya Allah adalah Tuhan semesta alam dan Tuhan kepada SEMUA manusia. Istilah Al-Quran seperti “Rabbul a’alamiin” (Tuhan semesta alam), “malikin-nas (Raja seluruh manusia), ilaahin-nas (pujaan dan tuhan seluruh manusia)” adalah di antara bukti yang jelas. Tak mungkin ummat Islam ‘memonopoli’ Allah dengan mengatakan Allah adalah Tuhan orang Islam. Manusia yang ingin menyembah Tuhan pencipta alam pada hakikatnya ingin menyembah Allah. Namun semuanya ditolak Allah kecuali penyembahan dari yang islam. Ini adalah kerana hanya Islam mengajar ummatnya supaya tidak mensyirikkanNya dan mengabdikan diri kepada hanya Dia.

SOALAN :- Apa nak saya katakan kepada anak saya bila dia bertanya “Allah mana yang kita sembah? Allah Islam atau Allah Kristian?
Allah hanya satu. Tiada ‘Allah Islam’ dan ‘Allah Kristian’. Ianya Allah yang sama, Tuhan yang sama. Hanya orang Kristian telah tersesat dengan mensyirikkan Allah dan oleh itu peribadatan mereka ditolak Allah.

Sebagai hujjah, marilah kita renungi apa yang terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-
“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.
Saya harap para pengunjung memikirkan maksud ayat ini dan jangan ada pula yang menafikannya. Biar pemikiran dan kefahaman kita dicorak oleh Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW), bukan oleh prejudis-prejudis diri kita sendiri.

SOALAN :- Tidakkah YB khuatir akan generasi Islam yang akan datang, betapa mereka akan menjadi keliru dan murtad (wa na udzu biLlah hi min dzalik).
Sememangnya saya khuatir. Namun kekhuatiran tidak sepatutnya menguasai segala amalan kita kerana pada masa yang sama kita mesti juga mempunyai keberanaian yang berasaskan keyakinan pada bantuan dari Allah. Pasti ada sebab mengapa Allah dan RasulNya terus membenarkan kaum Musyrikin serta Ahlul-Kitab menggunakan kalimah Allah. Ianya berasaskan keyakinan bahawa Islam itu agama yang sebenar dan kebenarannya akan terserlah apabila ummat Islam sendiri menzahirkan keyakinan mereka terhadap agama mereka sendiri. Tidak seperti sekarang, memberi gambaran betapa rapuhnya iman ummat Islam sehingga dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam maka akan runtuh hancur menjadi debu aqeedah ummat Islam.

Maaf. Tetapi itulah gambaran yang diberikan, samada sedar ataupun tidak. Pada hakikatnya kekhuatiran itu berasaskan maklumat dari mereka-mereka yang sendiri lemah dalam keimanan mereka. Takut, khuatir dan ingin terus berada di bawah tempurung dan zon keselesaan mereka. Berdasarkan maklumat yang sebenar, dari Sabah dan Sarawak, ianya tiada masalah. Seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Dalam satu perbincangan seorang wakil Sabah menyatakan di Sabah dulu hanya 38% Muslim. Sekarang sudah 56% walaupun ummat Kristian menggunakan kalimah Allah semenjak sebelum Merdeka. Yang ‘murtad’ mengikut beliau adalah yang muallaf. Ada yang keluar masuk Islam 3, 4 kali. Setiap kali masuk dapat imbuhan.

Begitu juga di Sarawak. Dahulunya 15% yang beragama Islam sekarang sudah menjadi 35%. Mengikut maklumat yang saya perolehi semasa di Kuching tempoh hari, majoriti Islam di Sarawak sekarang bukan orang Melayu tetapi keturunan Dayak.

Pada hakikatnya penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang Kristian akan mendorong ummat Islam memahami dengan lebih jelas lagi siapa Allah dari kaca mata Islam dan bagaimana ianya berbeza dengan fahaman orang Kristian. Ummat Islam tidak boleh leka dengan hanya mengatakan “kami sembah Allah” tanpa menyedari apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut.

Kedua, ia akan memudahkan usaha dakwah terhadap golongan ahlul-kitab dan sekiranya kita yakin dengan kebenaran hujjah kita, maka tiada masalah bagi kita menangani usaha mereka untuk mempertahankan kefahaman mereka terhadap kalimah Allah itu sendiri.

Itu sahajalah yang saya ingin nukilkan berhubung persoalan ini. Yang tidak mahu bersetuju akan terus tidak bersetuju. Yang ingin mendengar dan menilai, insyaAllah akan Allah bimbingkan kepada yang lebih diRedhaiNya.

Selepas ini kita kembali sambung kepada isu penyelewengan UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:

Post a Comment