Semalam aku pergi ke kampung Bunian. Aku bukan tiba-tiba termasuk dalam kampung itu seperti apa yang biasa di lihat di tv. Ini bukan kisah fantasi melainkan aku memang sengaja pergi ke kampung itu. Aku tahu ia di mana dan aku pergi dengan menaiki bas.
Kalian tersilap kalau kalian berfikir Kg Bunian yang aku pergi itu adalah sama seperti kampung kampung yang lain. Memang benar di tempat aku terdapat pelbagai nama kampung. Daripada kampung yang bunyinya begitu alim sehinggalah kampung yang namanya begitu jahat. Apa yang membezakan antara Kampung Haji Rais dan Kampung Penyamun? Tiada bezanya, rakyat kampung itu tetap orang yang sama : ada yang alim dan ada yang jahat walaupun nama kampungnya alim atau jahat.
Kampung Bunian yang aku tuju itu adalah benar-benar perkampungan bunian.
Jangan risau kawan ku. Aku juga silap pada awalnya dalam mengklasifikasikan kampung bunian ini. Dulu aku fikir kampung bunian ini tempatnya indah dan orangnya baik-baik. Setelah aku datang ke sana, ternyata aku silap. Di mana dulu aku dengar kisah tentang kampung bunian? Bukan dari sesiapa melainkan tv.
Tv menipu kawan-kawanku. Ia adalah perkara yang paling bodoh sekali kalau aku percaya bulat-bulat pada tv.
Orang kata Kampung Bunian itu indah-indah orangnya. Aku lelaki, dan oleh kerana orientasi seks aku adalah suka berpasangan pada perempuan, aku melihat perempuan di kampung bunian itu sama saja seperti kita yang hidup bukan di kampung bunian. Maksud aku, tiadalah aku nampak perempuan sehinggakan aku kaku selama 20 saat. Walhal di alam realiti pun aku pernah terkaku melihat seorang perempuan. Siapakah perempuan itu? Watak perempuan dalam filem Big Fish arahan Tim Burton. Itu pun kaku sebentar saja.
Ok, mari aku ceritakan sedikit tentang rakyat di Kampung Bunian. Tiada yang istimewanya. Ia sama saja seperti kita. Ia mandi, ia berak, ada lelaki dan perempuan, ada gay dan lesbian, ada orang yang mengamalkan sifat seksism, dan ada juga pendatang asing begitu juga xenofobik.
Apa yang membezakan antara kampung bunian dan bukan? Mentaliti. Di perkampungan bunian itu, aku berkawan dengan orang bunian yang suka menonton filem, membaca, dan mendengar musik. Di perkampungan bunian itulah pertama kalinya aku menonton filem V for Vendetta
dan berkenalan dengan penulis Nietscze iaitu bukunya Zarasthura.
Di alam realiti, aku cuma terdedah kepada novel cinta.
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat abstrak..ape ko cuba sampaikan?
ReplyDeleteAku cuba sampaikan semua tmpt sama je. Aku maksudkan kg bunian tuh tmpt yg boleh relekkan otak. tp rupanya, sama je.
ReplyDelete