Tuesday, December 15, 2009

Catitan Ahmad Wahib - Pergolakan dan pemikiran Islam.


" Kadang hatiku berpendapat bahawa dalam beberapa hal, ajaran Islam itu jelek. Dan hanya kerana kepercayaanku bahawa Al-Quran itu betul-betul dari Tuhan serta Muhammad itu betul-betul manusia sempurna, maka aku akhirnya berpendapat bahawa Islam itu secara total baik dan sempurna."

Beliau menyambung.

" Kenyataannya dalam kita berfikir selama ini, kita tidak berfikir bebas lagi."

Cukup kontroversi penulisannya dan aku yakin memang kerap kita berhadapan situasi bahawa sekiranya kita libatkan agama dalam suatu perbincangan yang "kontroversi" maka ia akan terhenti begitu saja. Pendek kata, pemahaman tentang agama bagi kita terhad dan mempunyai batasan yang haram bagi kita lintasi.

Dan ia juga akan menutup sebarang pengembangan idea.

Aku teringat perbualan aku dan rakan sekelasku bernama Anis. Dia bertanya tentang di mana Tuhan? Perbualan saja-saja, bertukar idea sementara menunggu pasport siap. Aku beritahu yang aku pun tak pasti kerana kecetakan ilmu, dan aku juga tak mahu berfikir lagi takut boleh terpesong jauh. Dia pun bersetuju. Adakah Islam tidak membenarkan kita berfikiran bebas? Aku pun tak tahu.

Bagi yang mencintai penulisan yang kontroversi dan bagi mereka yang suka berfikir. Buku ini aku cadangkan untuk kalian.

" Mungkin akan ada orang yang mengemukakan bahaya dari berfikir bebas iaitu orang yang berfikir bebas itu cenderung menjadi atheis. Betulkah? Orang yang sama sekali tidak berfikir juga boleh menjadi atheis!"

" Lebih baik atheis kerana berfikir bebas daripada atheis kerana tidak berfikir sama sekali!".

13 comments:

  1. Reza, Pemikiran liberal ini datang bila manusia mula berfikir sendiri atau 'berfikir logik' tanpa memperdulikan Al-Quran dan sunnah sbg sumber...aku pun tak berani nak bercakap banyak, tambah2 lagi dalam hal2 agama,...Semoga kita berdua diberi petunjuk..Namun apa yang aku faham, Islam itu luas, Islam juga tidak menghalang manusia untuk berfikiran luas. Selagi kita menjadikan Al-Quran & Sunnah itu rujukannya. Allah haramkan ARAK, namun Allah halalkan pelbagai jenis minuman...Allah haramkan KHINZIR, namun Allah halalkan berbagai jenis makanan... Allah menetapkan beberapa peraturan untuk kita taati, dia Allah menyanyangi orang2 yang taat. Ada beberapa perkara, Allah sudah tetapkan, dan haram untuk kita merubahnya...seperti hal ibadah. kalau subuh itu 2 rakaat, dua rakaat lah jadinya. tiada lagi persoalan. namun selain dari hal-hal yang Allah tetapkan, kita boleh menambah baiknya mengikut zaman, seperti perkara dan hal2 dunia....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aku cuma fikirkan percanggahan idea boleh mendapatkan idea yang lebih luas. Cuba fikirkan kalau idea tu statik. Banyak keburukannya.

    Ahmad Wahib nih orangnya jenis seperti itu. Dia cintakan agama, tapi dia juga suka berfikir. Dia risau akan kemunduran Islam akibat idea yang menyatakan tidak boleh memasuki kawasan benda2 terlarang tu.

    ReplyDelete
  4. Aku pernah borak dengan member aku, pasal 'sempadan' agama nih, nama nya mmber aku tuh basyir, pendapatnya:

    ".... islam itu syumul...menyeluruh dalam segala aspek kehidupan termasuklah masalah perbezaan pendapat...x perlu cari jauh2,teliti ayat quran dan hadith,maka huraikan dan fikirlah...kkdng manusia ini fikir mereka mampu berfikir tanpa ada batas tanpa mereka sedar otak mereka pun ada had kerana ia dicipta oleh Allah dan DIA yg lebih tau tentang manusia yg DIA cipta...kkdng manusia sombong dgn Allah...Allah suruh kita fikir tentang alam,kehidupan supaya kita dekat ngan Allah tapi kita makin fikir,kita makin jauh ngan Allah...ape gune??...tula sebabnya semakin banyak masalah yg timbul..."

    ReplyDelete
  5. Ok. Ulasan aku tuh tak mencerminkan buku sebenar ya. Biasalah, ulasan tuh ada kelemahan sendiri, puncanya penulis tuh sendiri.

    Apa pun try la baca buku ni. Boleh dapatkan ia di kedai buku berhampiran.

    ReplyDelete
  6. haha....bese ar...aku pun tak pandai gak...camne ntah nak jadi orang yang pandai menulis, hebat menulis dan tahu apa sbnarnya yg dia tulis...hehe:)

    ReplyDelete
  7. ak blog hopping,dan mnjumpai blog anda d blog daud
    erm,psal brfikir,tiada limitasi brfikir dlm Islam
    yg ada hanyalah prbezaan meletak limitasi itu
    cntohnya,tntang alam ghaib,kta boleh bicara secara serius dan ambil iktibar
    teringat pda seyd qutb,dlm tafsir yg dia tulis,dia x persoal tntang apa yg trjadi pda mlm lailatul qadar,tp tntang pengisiannya,
    dan bagi ak,itulah yg ptt jdi titik fokus,
    pengisian brfikir pda perbezaan limitasi manusia
    sekian.

    ReplyDelete
  8. "tiada limitasi brfikir dlm Islam
    yg ada hanyalah prbezaan meletak limitasi itu"

    "Contohnya,tentang alam ghaib,kta boleh bicara secara serius."

    Bagaimana dgn soalan kawan aku tu? Boleh x manusia fikirkan secara mendalam tentang Tuhan?

    ReplyDelete
  9. Reza, aku rasa muzikri pun maksudkan benda yang sama,..dimana perkara yang telah ditetapkan(statik) dalam islam, kita kena terima atau dalam istilah lain kita kena taat, seperti kata muzikri;

    "...teringat pda seyd qutb,dlm tafsir yg dia tulis,dia x persoal tntang apa yg trjadi pda mlm lailatul qadar,tp tntang pengisiannya,.."

    Lailatul qadar tidak menjadi persoalan dah, cuma mungkin pada pengisian,ibadat atau apa ye muzikri???...urmm...


    Ngko Reza kata;

    "....Bagaimana dgn soalan kawan aku tu? Boleh x manusia fikirkan secara mendalam tentang Tuhan?.."

    Kita boleh berbicara mengenai tuhan, namun, kita jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan, Allah bfirman(yang bermaksud):

    "...Katakanlah (wahai Muhammad).(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya...”.
    [SURAH AL_IKHLAS]

    jadi, terima saja sifat Allah ini,... Kemudian ayat

    “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam
    masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;...” (AL-A'RAAF: 54)

    dalam isu ni, ada golongan menerimanya bulat-bulat yang Allah memang di atas Arasy, ada pula golongan yang menyata ianya hanya kiasan....tapi jika di tanya pada aku, aku kata Allah memang d atas Arasy, kerana itulah yang dia sampai kepada Jibril, untuk Jibrail sampaikan kepada Muhammad, dan Muhammad sampaikan kepada sahabat, dan sahabat sampaikan kepada para tabiien dan kita sekarang mengunakan kitab-kitab para tabiien...

    ya Allah, tunjukkan kami jalan yang benar...

    ReplyDelete
  10. Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”

    Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...

    Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

    Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman).

    (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).


    [rujukan aku amik dari]

    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=178240.html

    ....

    ReplyDelete
  11. semalam,jus nk kongsi dgn semua,semalam,ak g masjid s.alam
    yusuf al qardawi dtg,dia pn ade selit bnda yg mgkin same tntang ape yg kte bncang nie
    iaitu,waktu nabi muhammad brhujrah dri kote mekah ke kota madinah,mcm2 peristiwa berlaku,hingga ada dikisahkan tntang burung merpati yg mmbntu,etc
    beliau ckp.kte jgn fokus pd itu,sebaiknya,fokus pd pengisian Nya
    sama la dgn brfikir tntang tuhan,kenapa kta lakukannya at the first place.......
    semoga Allah mmberi kekuatan ntuk brfikir dan mengetahui.....insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. agama agama..aku percaya pada agamaku..dan aku setuju tentang "perbualan" terhenti bila berbincang pasal agama...sbnrnya pada aku, tiada apa yang tiada dalam islam..tiada isu "perbualan terhenti" jika kita benar-benar faham tentang islam..isu dimana tuhan,(dari cetita sahabatku yg buat aku berfikir sejenak) kenapa kita percaya adanya tuhan sedangkan tuhan itu tidak boleh dilihat? mungkin semua da tahu jawapanya..

    ReplyDelete