Tuesday, December 15, 2009

Filem yang baik.


Menonton filem yang bagus memberi kepuasan dlm hidup aku. Quentin Tarantino adalah antara pengarah filem yang memberikan aku kepuasan itu.

Siang tadi aku menonton filemnya "Inglourious Basterds".

Genius! Itu satu perkataan yang boleh aku beri dan gambarkan. Jalan cerita, shot gambar, ekspresi wajah, adalah apa yang paling kagumi dalam filem beliau. Kadang-kadang aku blame diri aku sendiri sebab lemah dalam penggunaan bahasa, dan tentu sekiranya aku lebih mahir, kepuasan itu akan menjadi lebih besar. Aku suka shot filemnya, perempuan yang kesakitan, otak aku dapat berimaginasi yang kesakitan itu adalah kerana kecederaan dan juga kerana seks. Begitu juga dengan watak lelaki yang dapat mebunuh 500+ askar France, adakalanya aku berfikir yang itu direka-reka bagi tujuan propaganda Nazi semata.

Filem ini membuat penonton berfikir, biarpun fikiran kita betul atau salah. "Rumor" lagi bagus dari "fact". Mengapa Tarantino wujud? Bagaimana beliau mengarah? Apa hobi dia, apa aktiviti dia? Aku rasa pengarah filem Malaysia kena tiru beliau. Jangan asyik kagumi P Ramlee.

1 comment:

  1. Selalunya bila menonton filem, kita akan lebih ingat kepada para pelakonnya.

    Sudah sampai masanya untuk kita lihat kedua-duanya samada artis mahupun pengarah filem.

    *Kalau bab perjuangan (agama, politik etc) boleh pulak tgk pada pemimpin, tp lupa pula pada watak-watak lain iaitu rakyat. Sedangkan rakyatlah yang menjayakan perjuangan.

    Apa kaitan dengan filem? Pelakonlah yang menjayakan sesebuah filem.

    Malangnya baru-baru ini ada artis yang mengaku dan perasan bagus.

    "Orang bukan nak tau pun siapa yang mencipta, apa yang org nak tau siapa yg berada di pentas saja".

    ReplyDelete