Wednesday, December 23, 2009

Perasaan disalahkan - Kereta Mayat

Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN DISALAHKAN”…

Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi..

Sekiranya korang ‘perasan disalahkan’ tapi tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah Cuma perasan disalahkan..

Orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi adalah tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..

Ciri-ciri orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah orang yang apabila ada teguran di buat secara umum, dia rasa macam orang yang menasihat tu tuju kat dia sorang, lalu dia pun melenting, marah, beremosi dan mula buat perkara bodoh, macam bilal yang dah tak ke masjid dalam entry yang lepas, kan bodoh tu? Tak ke rugi diri sendiri?, merajuk macam budak-budak..

Aku rasa istilah ‘merajuk macam budak-budak’ juga sudah tidak sesuai di gunakan sebab budak budak apabila merajuk senang dipujuk, tapi mereka yang ‘perasan disalahkan’ bila merajuk dan tak makan pujuk lagi, ni namanya merajuk macam orang tua kutuk nak mampus!

2 comments:

  1. aku setuju gila babi ngan ko..tapi kdg2 prasaan dipersalahkan tu dtg jugak kat org hati besi..bila kita menghampakan org yg kita benar syg..mak ayah adik kakak..pasti perasaan dipersalah tu hadir..nk wat camne kan? dah rona kehidupan..take it or leave it..

    ReplyDelete
  2. Yup. Yang tak eloknya bila bekait dgn isu kecik, n selalunya benda ni berlaku dgn kawan2 la.

    Aku byk kali gak berasa mcm tu, n aku betul2 azam mau berubah.

    "Orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi adalah tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak"

    ReplyDelete