"Celaka cikgu itu. Apa dia fikir kita ini robot? Apa dia fikir kita semua boleh belajar secara berterusan?"
Ya, sudah. Jangan dibisingkan lagi. Amat berbahaya sekiranya diketahui. Lihat disekeliling mu. Semua orang sudah insaf untuk menerima nasib. Nasib kita memang sudah sedia ada teruk, janganlah kita begitu bodoh untuk menjadikan ia semakin buruk.
"Apa kau bersetuju saja melihat keadaan kita seolah-olah mati disini? Belajar tiada henti-henti. Di luar sana teman-teman kita mati kerana bergembira. Kita pula disini mati kerana banyak belajar. Memalukan! Sudah 2 tahun kawan kita disini. Sudah banyak perkara yang telah kita pelajari."
Lantas, apa yang kamu ingin perjuangkan? Kamu mahu mengangkat kayu besbol lalu terus memukul perut cikgu itu? Atau kamu mahu mogok saja lalu ditangkap seperti teman kita yang lain dan dipenjarakan sehingga diberikan pendidikan berterusan sehingga berbulan-bulan?
"Aku memilih opsyen nombor 1"
Sudahlah. Kamu beperwatakan seolah-olah anak kecil! Aku tahu kita sudah keletihan, simpan lah sedikit tenaga itu sehingga ke malam nanti. Tunggu sajalah makanan seterusnya malam nanti."
"Aku memilih opsyen nombor 1"
Kamu sudah berapa lama menjadi pelajar terpaksa ini? Setahun, atau 2 tahun? Sebulan atau 3 bulan? Sabarlah. Tidak lama lagi tentu kita akan diselamatkan.
"Aku memilih opsyen nombor 1"
Suka hati kau lah. Aku akan terus belajar disini sehingga diselamatkan.
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment