Bukanlah sengaja beliau untuk berdiam diri apabila dihina. Kaki bangku? Mustahil ada orang kaki bangku hidup di zaman itu. At least skill one-two sudah melekat dalam kepalanya. Adakah kerana pengetahuan bola sepaknya cetek? Ishh, mustahil!
Inilah masalahnya apabila manusia banyak berdiam diri. Fitnah akan berlaku dimana-mana.
Orang tidak tahu beliau berdiam diri semata-mata kerana beliau tidak mahu kelihatan "culture shock". Pernah sekali beliau berbual dengan rakannya yang tiba-tiba meminati bola sepak. Katanya, tidak "macho" lah seorang lelaki yang tidak meminati bola sepak. Kasi potonglah itu anu kalau tidak minat bola sepak!
Kini ia sedar keperluan hidupnya semakin mendesak. Beliau faham saranan ibunya. Maksud EPL yang dicadangkan oleh ibunya itu adalah :
"Aku harus lebih mara ke depan berbanding orang kampung ini!"
Sejak hari itu dia mula belajar tentang segalanya bola sepak. Segala nama pemain dia hafal, asal-usulnya, hukum permainan semua dimasukkan didalam kepala. Tidak lupa juga kelebihan-kelebihan agar sekembalinya nanti di khalayak orang kampung, semuanya akan melopong dengan kebijaksanaannya.
"Inikah anak muda itu yang berpengetahuan tinggi dalam bola? Wah coolnya!"
"Pakcik minta maaf anak muda. Pakcik berlaku kasar tempoh hari. Sudikah anak pergi ke rumah pakcik dan berkenalan dengan anak pakcik? Hehe."
Oh! Hebatnya bola sepak. Tahu sedikit tendang-tendang, hukum dan kelebihan akan dipandang tinggi oleh rakyat jelata.
"Torres? Gerrard? Van Persie? Apa lagi? Skillnya? Kad kuning atau kad merah? Semuanya ada dalam kepala ku!"
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment