Berkat kecintaan yang tinggi. Pada suatu malam, dia mimpi bertemu dengan Mas Pram. Kelihatan dia tersenyum padanya. Senyuman yang penuh kemesraan. Berlatarbelakangkan tepian pantai dan bintang yang sinar bercahaya, dia perasan dirinya kini sedang berdiri di negeri tanah tumpah darah Mas Pram, sambil membawa beg yang penuh dengan buku.
"Ada berapa buah buku yang kamu beli di sini"
"20 buah buku sekaligus!"
"Haha, anak muda! Bagaimana kamu boleh membaca buku itu dengan sekali banyak? Adakah kamu benar-benar membaca dan mencintai buku?"
Persoalan ini amat berat dijawab oleh dirinya. Di rumahnya masih banyak lagi buku yang dia beli, tapi tidak tersentuh lagi oleh kerana kelemahannya. Benar dia mencintai buku, namun untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Mas Pram ini, ternyata dia tidak berani.
"Buku itu, wahai anak muda, jangan cuma dibaca. Kalau habis dibaca, mesti boleh juga diceritakan kembali."
No comments:
Post a Comment