Apakah kau pernah lihat manusia yang diperdagangkan? Ya, bila manusia boleh dijadikan sumber keuntungan, dan boleh dijadikan sumber untuk mendapatkan duit. Maka, manusia pun layaknya sama macam barang-barang lain iaitu ia boleh diperdagangkan. Semua orang tahu itu, bukankah kita hidup didalam zaman yang begitu.
Aku tidak mahu bercerita pasal manusia yang diperdagangkan. Tapi aku mahu cerita pasal tenaga yang ada untuk diperdagangkan. Aku tulis cerita ini berdasarkan pengalaman aku berada di negeri jiran baru-baru ini.
Waktu itu aku berada di sebuah mall dan hujan turun mencurah-curah di luar sana. Aku bersama kawan aku berjanji untuk berkumpul dengan pelajar-pelajar lain di suatu tempat yang telah dijanjikan. Aku sudah terlewat dan aku diberitahu oleh orang tempatan supaya mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di luar mall ini.
Kau tahu kawan, perkhidmatan itu adalah perkhidmatan yang disediakan oleh kanak-kanak miskin untuk membawa payung sepanjang perjalanan didalam hujan. Kasihan kanak-kanak itu, dia memayungkan aku dan seolah-olah prinsipnya pula, dia sendiri harus terkena hujan. Dia tidak berselipar kawan-kawan. Aku tidak tahu samaada ini gimik untuk menarik simpati ataupun memang dia benar-benar miskin orangnya. Aku berasa bersalah kerana mendapatkan perkhidmatan ini. Ia membuatkan aku seolah-olah seperti tuan dan dia pula seorang hamba.
Imbalan yang diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan ini adalah sebanyak Rupiah 2000. Aku berikan dia rupiah itu dan hadiahkan dia sebuah buku "Brokeback Mountain" yang baru saja aku beli dari kedai buku Gramedia. Minta-minta dia baca buku itu, sebab kepercayaan yang kuat bahawa hanya membaca saja dapat mengubah nasib hidupnya.
Di Malaysia, kita tidak ada perkhidmatan seperti itu kawan-kawan. Apa yang ada cuma orang yang tak bekerja tapi mendapat wang hari-hari.
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment