Lelaki bertubuh kurus berdiri tegak di hadapan bangunan itu.
Tubuh yang sangat kurus itu kelihatan amat kontras berbanding dengan bangunan dihadapannya. Bangunan itu ternyata amat besar seperti raksasa lantas menjadikan lelaki itu seolah-olah semut-semut kecil di tepi jalanan. Lelaki itu tidak berdaya. Namun dia gagahkan diri.
Lelaki itu sering meludahi bangunan pencakar langit itu. Kononnya bangunan no 1 tertinggi di dunia.
"Dahulu aku ini bekerja sebagai seorang pembuat kasut. Kasut yang aku buat itu bukan calang-calang mutunya. Ramai orang berpuas hati dengan penghasilan aku. Penghasilan aku, sesuai dengan mutunya berbaloi juga dengan usaha aku membuatnya."
Ptuih! Dia meludah di tepi bangunan itu. Lelaki kurus itu masih mengukir senyuman.
Orang di tepinya memandang lelaki kurus itu dengan penuh jijik. Semua menyangka beliau lelaki gila yang pemalas. Apakan tidak, begitu hina tidak berpakaian di tepi bangunan itu, sambil itu pula mengomel seorang diri tentang sejarah diri samaada benar atau palsu. Orang pemalas mana ada tempat didalam dunia serba moden ini. Semua orang harus berusaha barulah dapat jalan seiring dengan makhluk yang bergelar sebagai manusia! Apatah lagi di tempat yang paling mulia ini, iaitu bangunan paling tertinggi di dunia.
"Dan kasut ku itu boleh didapati di mana-mana dahulu. Lucunya, seorang pembuat kasut terkenal itu pula kini yang tidak berkasut."
"Haha. Ini semua gara-gara bangunan ini. Ya, pasti bangunan ini. Bangunan tertinggi di dunia ini."
Kehadiran lelaki bertubuh kurus itu sudah disedari oleh pengawal yang menjaga bangunan itu. Ini membuatkan lelaki kurus itu ketawa terbahak-bahak. Ini bukan kali pertama dia dihalau dari berada di ruang bangunan ini. Sudah banyak kali.
"Wah, sangat suci tempat ini ya! Mari kita uji kali ini berhasil atau tidak aku memasuki ruang suci kamu."
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment