Berceritalah sepasang kekasih itu tentang bintang yang bergugusan di langit. Ada banyak bintang di atas sana, dan yang paling ketara cuma ada 3. Besar, megah, dan bercahaya.
"Kamu tahu sayang dari mana asalnya bintang itu?", sambil si pria menunjukkan jarinya ke arah bintang yang paling besar.
Si gadis menggelengkan kepala. Dia selalu tidak tahu bila ditanyakan soalan darinya. Oleh itu jawapan yang cuma menggelengkan kepala itu membuat bibir kekasihnya itu sedikit mencebik.
Oleh itu, baik kali ini biar dia saja yang bertanya.
"Sayang, kenapa 3 bintang ini lebih bersinar daripada bintang-bintang lain yang berada dibelakangnya?".
Si pria itu mula tersenyum. Nampaknya persoalan itu berjaya menggembirakan hatinya. Dia mengucup dahi si gadis itu sambil berkata.
"Diceritakan bahawa dahulu bintang ini dilahirkan oleh perut ibu yang sama. Dan sinaran itu dapat dibezakan lantas oleh keberanian bintang ini mengharungi hidup. Kau persoalkan mengapa bintang ini lebih bercahaya daripada bintang-bintang yang lain. Ini sudah tentu. Bintang ini lebih bercahaya kerana kesanggupannya menerima kepayahan iaitu kepanasan yang tidak terhingga. Akhirnya kepayahan yang dilalui itulah yang menjadi penyuluh, penyinar, dan pemberi kebahagian kepada kita pada malam ini."
Sayang, adakah ini kisah perjuangan?
Tidak, ini adalah kisah romantik.
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment