Saturday, January 16, 2010

Dia ditolak tapi dia kuat.

"Mana mungkin bumi ini kotak".

Kanak-kanak kecil pun tahu bahawa bumi ini bentuknya bulat. Lalu aku terus iyakan percakapan orang itu dan pergi kerana tak tahan dengan bau busuk pada badannya. Ia mungkin terjadi pada 3 hari yang lepas, ataupun memang ia tidak pernah berlaku pun sebelum ini. Dan sekarang aku sesal kerana tidak sempat terokai fikiran orang itu yang murah hati ingin berkongsi ideanya yang berani.

Apakah benar bumi ini kotak?

Pagi kelmarin aku menyaksikan satu situasi dimana seorang kanak-kanak syndrom down yang cuba ingin berkawan. Kejadian ini berlaku di Wangsa Maju, dan waktu itu aku bersarapan dengan teman ku.

Kanak-kanak itu cuma ingin berkawan. Dia bukan peminta sedekah tetapi mungkin kerana keadaan luaran dia yang kelihatan tidak terurus itu membuatkan orang lain berasa tidak selesa.
Wajahnya juga agak pelik sedikit, lantas membuat kehadiran dia dibenci, dan terus dihalau oleh orang yang sedang duduk makan di situ. Kanak-kanak itu pun berlalu pergi.

Di satu meja yang lain, ada seorang pakcik tua berbangsa cina yang bermurah hati sudi mendengar dan duduk semeja dengannya. Keadaan memang riuh dengan percakapan anak kecil itu, tapi pakcik tua itu aku lihat sentiasa tersenyum.

Aku tidak dengar apa yang mereka berdua ceritakan. Tapi aku seolah-olah dapat tangkap suatu perkara yang penting sekali setelah menyaksikan keadaan mereka berdua. Hubungan yang baik tidak mengira status. Ia penuh kemesraan dan penuh kesamarataan.

Aku cuba renung-renung kembali apa jawapan yang akan diberikan oleh orang itu yang mengatakan bahawa bumi ini kotak. Apakah sebenarnya yang dia fikirkan.

No comments:

Post a Comment