Thursday, January 14, 2010

Marilah kita berhimpit-himpitan dan berpanas-panasan memenuhi dewan ini dalam sehari.

Aku amat kaget bila mendengar yang hari ini sudah hari terakhir pendaftaran universiti. Katanya bila terlewat sehari, pihak universiti akan mendenda pelajar dalam bentuk wang sebanyak RM50+ sehari. Duit, duit, dan duit. Takut benar dan suka benar orang guna "kehebatan" ini untuk menakutkan manusia.

Menurut pandangan aku sebagai seorang pelajar di universiti ini, tiada kata lain kecuali mengatakan bahawa hal ini sangat..

Sangat kasihan.

Mula-mula aku anggap perkara ini main-main. Aku tidak pernah menyangkakan perkara ini sehingga tahu secara benar, benar, benar bahawa hal ini benar, benar, benar kasihan.

Part 2

Dipendekkan cerita, setiap kali aku berjalan di lorong itu. Aku sering bertemu dengan seorang lelaki yang matanya sedikit aneh kerana dagingnya matanya terkeluar. Beliau tidak berbuat apa-apa kecuali "menjaga" lorongnya itu. Adakah dia peminta sedekah?

Tidak! Tubuhnya kekar, cuma mata sebelah kirinya saja yang sedikit aneh. Lagipun dia sendiri berkata dirinya bukan peminta sedekah, walaupun ditangannya ada sebuah tin untuk diisikan duit.

"Saya bukan peminta sedekah, kamu cuma diminta beri saya duit kerana lorong ini saya yang punya!"

Eh, kelirulah sama ini seorang pemeras.

No comments:

Post a Comment