Friday, January 1, 2010

Kerajaan Langit

(Part 1)

Sebulan lamanya hubungan diplomatik antara kerajaan Johor dan Kelantan berjalan. Dukacitanya kini dimaklumkan bahawa tibalah ia kepada kemuncaknya iaitu detik peperangan. Adapun sejarah ini tidak pernah dicatit dimana-mana. Ia cuma tercatit disini iaitu tempat dimana segala bapak dongeng tertulis.

Segalanya bermula apabila hubungan diplomatik antara 2 kerajaan ini mulai berubah. Kerajaan Johor tidak menyedari hal itu, melainkan kerajaan yang satu lagi kerap berfikir banyak. Hal sebenar yang terjadi adalah kerajaan Johor cuma ingin merapatkan hubungan mana tahu dapat mengajak pada bulan hadapan pihak kerajaan Kelantan pergi makan angin di Tioman. Malangnya hubungan ini telah disalahertikan.

Kerajaan Kelantan berfikir kerajaan Johor ingin berbaik kerana ada muslihat. Fikirnya kerajaan Johor mahu menyatukan kedua-dua negeri menjadi satu negeri jajahan. Mana boleh! Kerajaan Johor bukan asal melayu tulen. Kerajaan Johor datang dari Indonesia.

Tepuk tepuk tepuk.

(Part 2)

Adapun kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Cik Siti Wan Kembung itu memang jelita orangnya. Ada campuran darah siam, berkulit putih, dan bertahi lalat comel di badan. Namun, ada suatu hal penting yang tidak digemari oleh kerajaan dari Johor.

Dikatakan bahawa Cik Siti Wan Kembung sama sahaja seperti perempuan yang lain. Tiada istimewanya biarpun dirinya seorang pemerintah. Adakalanya bijak, adakalanya tidak. Adakalanya amat seksi, adakalanya sungguh garang. Ini membuat kerajaan Johor berfikir kerajaan Kelantan dipimpin oleh orang yang amat licik peranannya. As cunning as fox.

Perhubungan ini tidak dapat diteruskan atas alasan yang simple saja.

(Part 3)

Bom sudah mula dijatuhkan. Rakyat mulai mati. Akhirnya kehidupan lain semua turut mati.

No comments:

Post a Comment