Sunday, January 17, 2010

Warna warni

Bayangkan. Kalau setiap manusia ada lingkaran hidupnya sendiri. Dan setiap lingkaran itu memiliki warna yang berbeza. Ada berapa juta warnakah yang terdapat didalam dunia ini.

Aku berwarna biru, kau bewarna merah, dia berwarna hijau, dan kawan dia berwarna ungu.

Setiap warna yang berbeza masih suci, belum bercampur aduk. Hidup berasa tenang, tidak perlu risau dengan orang lain, dan setiap orang berfikir, bahwa warna aku yang paling canggih. Paling sempurna!

Sehinggalah pada suatu hari. Warna biru iaitu aku terpaksa perlu berurusan dengan kau berwarna merah. Dan kau juga begitu. Terpaksa berurusan dengan warna hijau, dan hijau juga sama, berurusan dengan ungu. Warna sudah bercampur baur. Daripada identiti yang kekal dengan satu warna, hari ini, masing-masing di antara kita sudah keliru. Warna apakah aku?

Maka di situ akan muncullah satu pihak. Entah dari warna apa. Di mana pencerahan akalnya berkata, "warna-warni, warna-warni, warna-warni".

Dipendekkan segala cerita, semua warna telah bercampur. Masing-masing lingkarannya tidak berwarna cuma satu saja. Masing-masing warnanya bercampur baur. Ikutlah nasib, kalau warna nya makin banyak, maka semakin ganjillah lingkaran warnanya.

No comments:

Post a Comment